RSS

Friday, 10 October 2014

Coretan ini.

Mengaku, Aku mengaku.
Terlalu sering meninggalkan lembaran eletronik ini.

Malah sampai berbulan tak ada entry baru untuk dibaca para pembaca. Dan bila ada coretan yang terlakar tentang diri. Tak berapa menarik minat para pembaca.

Kesukaanku. Menulis bila perlu. Malah menulis itu menjadi kegiatan ku sewaktu hati diuji. Kerana itu pembaca lebih banyak melihat coretan berlagu sendu yang tercalit disini.

Bukan apa. Memang begini caraku. Bila bibir tidak lagi mampu bersuara untuk bicarakan hal itu. Aku lebih memilih meluahnya melalui kata-kata yang tak seberapa.

Aku hanya insan biasa. Tak lari dari suka dan duka. Sungguh. Aku lebih suka dunia tahu aku gembira dari ketahui aku sedang berduka. Hanya mereka yang prihatin sahaja tahu aku sedang berduka kala menulis menjadi pilihan.

Selalu pembaca lebih banyak melihatnya terlakar pada sajak yang aku olah di atas gambar. Kata-kata yang kadang aku bersuara bila ilham datang menjelma, seiring emosi yang sedang menerjah otak fikiran. Itu aku. Ya, Itu aku. Tiada maksud sekali melukakan hati sesiapa yang membacanya.

Namanya pun manusia. Selalu ada kisah yang sama, tapi perjalanannya berbeza. Namun persamaan perasaan di dalam jiwa itu serupa. Tak siapa dapat menafikannya.

Jadi, jangan kalian menilai coretanku sebagai meluah perasaan untuk dunia tahu apa yang aku terkilan. Tapi, ketahuilah, coretan itu hanya untuk aku simpan sebagai kenangan. Dan aku biarkan mereka yang melalui ujian, berkongsi perasaan. Tak semua dapat meluahkan apa yang di simpan seperti aku meluahkannya di dalam tulisan. Walau aku tahu aku bukanlah seorang penulis yang memberi kesan terhebat pada kalian. Tapi aku yakin pasti ada yang terkesan walau cuma seorang!

Jadi, biarkan aku mencoretkannya sebagai tulisan. Kerana ini caraku melampiaskan perasaan, Bukan bermaksud melukakan kalian, tapi ini sahaja hatiku dapat tenang. Selain aku mengadu pada Tuhan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...