RSS

Thursday, 23 January 2014

SI Air mata

Kadang pelik dengan di air mata,
Mudah jatuh kerana kecewa manusia,
Tapi sukar jatuh kerana khilaf dosa.

Sedang manusia tak pernah hargai tangisan mata,
Padahal ALLAH menghargai air mata,
Sehingga api neraka boleh terpadam kerananya.

Aduhai si mata,
Begitu murah kau jatuhkan air mata.
Hargailah dengan menangisi dosa!!


Tuesday, 21 January 2014

Jaga Hati

Bukan Mudah menjaga hati.

Lebih-lebih lagi hati sendiri.

Muhasabah, mungkin kifarah dosa bila ada yang sakit hati.
Tapi itulah ujian dariNya. Tanda Dia mengasihi, mengasihi kita hambaNya.

Monday, 20 January 2014

Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih....

Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.

Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah...

Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu,aku bisa saja berbuat salah dan begitu membuatmu marah.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku derhaka kepadamu...

Duhai kau yang yang telah memilihku kelak....
Ingatlah,tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu,ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan jelek.

Mungkin kerana aku begitu sibuk berkerja di dapur,
untuk menyiapkan makan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti..Insya Allah

Maka,aku akan tampak kotor dan bau asap.

Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Maka mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.

Ataukah kau akan menemukanku terkantuk-kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu,tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatan ku...

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,menangis dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa,aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya belaianmu...

Kerana bagiku kau adalah tetesan embun yang mampu memadam segala resahku...

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,membimbingku ke Arah-NYA..

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..

Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalannya waktu,kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar...

Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...

bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu...

Ketahuilah... Tiap harinya, tiap jam,minit dan detiknya,telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.
Maka cintailah aku kerana-NYA, dengan apa adanya aku...
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...
Maafkan aku kerana aku bukan isteri Nabi...

Aku hanya wanita biasa.....




*copy and paste

Susahnya Bersangka Baik!!

Segala Puji Bagi Tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W..

Moga tidak terhenti rasa syukur yang terbit dari hati yang tulus untuk segala nikmat yang ALLAH kurniakan buat kita hambanya yang lemah, yang tiada daya tanpa bantuan kekuatan serta kudrat dari Tuhan Yang Maha Kuat serta Maha Hebat.

Hari-hari yang berlalu bagai memanah serta menusuk diri dengan pedang-pedangnya.. Waktu yang berlalu membunuh, serta menjadikan diri terasa kesal membiarkan waktu terus membunuh diri. Benarlah kata pepatah, Masa itu ibarat pedang

Seusai pulang dari Shah Alam kerana menghadiri jemputan walimah dari sepupu. Barakallahulakuma wajamaa bainakuma bilkhair di doakan, semoga Baitul Muslim yang dibina tercapai matlamat dan sampai ke syurga dengan redha dan kasih sayang yang melimpah dariNYA...

Seharian menaiki bas menuju ke utara negara, lelah menyelubungi diri apabila di uji dengan penjual tiket yang memutar belitkan keadaan. Dari penumpang sehingga ke pemandu bas tambahan yang ditempah dijadikan bahan untuk mengaut keuntungan. Moga Allah yang membalas segalanya dengan KuasaNya Yang Maha Kuasa...





Mengambil sedikit kisah tauladan Rasulullah S.A.W dan sahabat, tentang bersangka baik, kerana sebelum mengetahui segala kisah yang sebenar, saya terlalu berburuk sangka terhadap mereka-mereka yang saya temui seharian perjalanan.. Astaghfirullah.. Moga ALLAH mengampuni saya.

----------------------

Daripada Anas bin Malik,

Pernah satu ketika, Rasulullah S.A.W bersabda di tengah-tengah sahabat, "Akan berlalu di hadapan kalian selepas ini ahli syurga."

Dan berlalu seorang lelaki.

Esoknya, Rasulullah S.A.W mengulang lagi kata-kata yang sama, dan lelaki yang sama juga keluar. Lusanya, Rasulullah S.A.W mengulang lagi kata-kata Baginda, dan lelaki yang sama juga keluar.

Sahabat Rasulullah S.A.W, iaitu Abdullah Bin Amru al-As, mempunyai rasa ingin tahu, apakah amal lelaki itu sehingga dia mendapat ganjaran syuga. Maka dia mencari alasan untuk bermalam di rumah lelaki itu selama tiga hari.

Namun, dia tidak melihat lelaki itu bangun mengerjakan qiamullai. Pendek kata, amal lelaki itu tidak banyak, dan tiada pula perbuatan-perbuatan istimewa yang kelihatan pada lelaki itu.

Selepas tiga hari, Sahabat Rasulullah S.A.W pun bertanya, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa engkau ahli syurga, tetapi aku tidak melihat pada engkau ini seorang yang bangun malam bersolat, dan tidak pula aku melihat kau mempunyai apa-apa amal yang istimewa. Maka beritahulah kepada aku, apa yang telah engkau kerjakan?"

Lelaki itu menjawab, "Aku sebagaimana yang engkau lihat, tiada apa yang istimewa dan tidak pula banyak amalnya. Tetapi dalam hatiku, tiada sedikit pun rasa hasad dan sangka buruk kepada saudara Muslimku yang lain." 

(hadis riwayat an-Nasai)

-------------------------

Sukar atau terlalu senang, masing-masing antara kita mampu bertanya pada diri sendiri. Pada saya, ianya terlalu sukar kerana musuh syaitan itu selalu dekat dan ingin menyesatkan.

Mendekatkan diri denganNYA, sentiasa redha dengan setiap yang berlaku serta meletakkan diri kita dalam situasi orang lain itu perlu untuk berbaik sangka. Cukup payah, cukup sukar andai kita sendiri tidak cuba memahami setiap yang dilakukan seseorang itu ada tujuannya sendiri. Ditambah pula hasutan syaitan untuk berburuk sangka tidak pernah lekang. Nah, terjadilah kejadian hasad di dalam hati, "Dia ini begitu kerana itu", "Dia ini nak benda tu sebab dia pentingkan diri."

Astaghfirullah.. Mudahnya diri terjatuh dalam lembah penyakit hati! Iman di hati ini goyahnya LEBIH dari kukuh bila angin ujian meniup. Sedangkan ALLAH sentiasa berlaku baik buat hambaNYA dengan membuka pintu taubat setiap masa.

Moga dapat kita bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku di sisi kita. Moga bersangka baik dapat diterapkan dalam hati kita, terutamanya diri saya sendiri yang sering alpa dengan setiap ujian yang datang..

Allhumma Aamiin...

Friday, 3 January 2014

Kerja-kerja!!

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, 1 Januari 2014 selamat sampai ke Kedah.

Bermula tahun baru, bermula juga pencarian kerja untuk saya... Allah.. Allah rupanya tak semudah yang di sangka. Sebelum ni memang tak pernah ada pengalaman untuk kerja. Kerja-kerja sampingan tu, entahlah. Dikira pengalaman ke tu?

Saya pernah menjual barangan di atas talian, pernah juga mengajar kanak-kanak satu taman mengaji, tak lupa juga menjual makanan ringan sewaktu tinggal di rumah sewa sebelum ni. Pengalamannya rasanya tidaklah terlalu meluas berbanding orang lain yang bekerja dengan masyarakat sekeliling.. 

Allahu.. bermula dari bawah. Satu persatu langkah perlu di ambil untuk menimba ilmu. Umur pun makin meningkat. Seakan baru mengenal dunia yang penuh dengan cabaran sekeliling.

Rabbi yassir wala tuassir.. Semoga cepat dapat kerja..aamiin..

Thursday, 2 January 2014

Berubah

Pernah terbaca dalam buku tulisan u.ammar..

Kalau nak berubah,
Asasnya solat kita..
Andai masih ada cacat celanya,
Bermakna solat kita ada yang cacat lagi..

Mungkin dari segi pembacaannya, atau rukunnya, atau mungkin bermula dari air wuduk yang kita ambil..

Mungkin semasa air wuduk diambil, hati kita masih mengingati dunia..
Fikiran masih tak khusyuk sewaktu air wuduk kita sapukan pada anggota wuduk kita..

Ingatlah, wuduk bukan semata-mata mampu membersihkan anggota kita dari kekotoran, malah titisan-titisan air yang jatuh dari tubuh kita itu ibarat terhapusnya dosa kita..

Jadinya, mengapa tidak kita fokuskan fikiran serta hati kita sewaktu mengangkat wuduk tersebut??selain bersih anggota, bersih juga hati kita.

InsyaALLAH itulah titik permulaan untuk kita berubah menjadi hambaNYA yang lebih baik..

*Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam #unic



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...