RSS

Saturday, 21 December 2013

Dunia atau Akhirat??

Sudah lama rasanya jejari tidak bermain di papan kekunci mr.lappy tercinta.
Hampir tiga bulan mungkin??

Walau  beberapa hari lepas baru sahaja meng update sebuah entry yang sebenarnya di update di laman muka buku. Di copy dan paste di sini kerana ada masalah tertentu..

Kekurangan idea mungkin.
Kekurangan ilmu untuk dikongsi di laman eletronik ini membuat saya terhenti seketika untuk terus di medan perjuangan ini.

Masa berlalu begitu pantas kerana saya sendiri yang membiarkannya memintas dan membunuh setiap ruang kelapangan yang diberikan ALLAH buat saya sepanjang cuti semester ini. Dan di percutian yang hanya tinggal beberapa hari ini ingin sekali saya kongsikan apa yang terlintas.

Bukan ilmu saya, malah ilmu TUHAN yang memberikan saya ingatan tetang sesuatu yang pernah saya baca di laman muka buku.





Seorang friends list saya pernah meng update...Yang berbunyi lebih kurang begini (statusnya dah lama, dan cuba saya ceritakan dengan ayat saya sendiri)

----> Ketika saya solat di masjid, saya letakkan cermin mata saya di hadapan saya, atas sedikit dari tempat sujud. Ketika sedang saya mengerjakan solat, ada seorang kanak-kanak yang sedang berlari-lari di hadapan saya. Apa yang saya takutkan terjadi juga apabila kanak-kanak itu memijak cermin mata dan cermin itu patah!

Hati gundah di mana mahu mencari wang untuk memperbaiki cermin mata. Duit pemberian ibu ayah telahpun digunakan untuk membeli buku rujukan. Bagaimana untuk saya meminta lagi duit pembelanjaan sedangkan baru sahaja saya dapatkan??

Lalu saya tersedar, saya ketika itu sedang solat! Sedang memperhambakan diri pada DIA Yang Satu! Seharusnya hal-hal dunia perlu saya buang jauh agar solat saya diterima. <----

Ada lagi ayat-ayat seterusnya, tapi saya tak berapa ingat.

Ya, saya sedar dan saya yakin ada di kalangan kita yang menunaikan solat, tapi dalam masa yang sama, ketika solat itu hati gundah memikirkan hal-hal yang terjadi atau bakal terjadi selepas solat.

Semua sedia maklum bahawa solat itu adalah satu ibadah.. Satu tuntutan yang bakal ditanya di akhirat kelak. Ada kata-kata yang pernah saya terbaca, "andai kamu hendak bercakap dengan ALLAH, maka solatlah, dan andai kamu mahu ALLAH bercakap dengan kamu, maka bacalah Al-Quran" Saya setuju dengan kata-kata ini.

Mengapa?? Kerana sebenarnya solat itu adalah antara kita dengan ALLAH sahaja, hubungan hati dengan pencipta yang tidak akan diganggu oleh sesiapa perlulah ada di dalam solat. Ketika mana bermulanya niat sebenarnya kita bermula dengan bercakap-cakap dengan ALLAH Yang Menciptakan. Di dalam solatlah terbuktinya keimanan kita bila lidah melafazkan, tubuh melakukan dan hati membenarkan bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH.

Di dalam solatlah terdapat satu rukun yang buat kita sebenarnya terlalu dekat dengan ALLAH. Iaitu sujud. Ketika itulah kita sebenarnya hampir dengan DIA. KENAPA?? Kerana sujud adalah satu kelakuan yang menunjukkan kita adalah hambaNYA. Satu kelakuan yang menunjukkan betapa kerdilnya kita dihadapan DIA yang telah memberikan kita pelbagai nikmat, yang tak terkira banyaknya dari sejak kita lahir hinggalah saat kita hidup ketika ini.

Dengan segala nikmat yang diberikan, adakah patut kita memikirkan dunia yang telah lama kita diami selama ini ketika kita menunaikan solat?? Perlukah kita bawa sekali dunia ketika kita menghambakan diri padaNYA yang kita harap untuk berjumpa di akhirat kelak??

Andai kata anda seorang bos di satu syarikat, tentu sahaja anda tidak mahu pekerja-pekerja anda mendapat gaji buta tanpa menjalankan tugas yang anda berikan. Tentu sahaja anda tidak mahu perkerja anda sambil lewa berjoli di luar sewaktu waktu perkerjaan sedang berlangsung. Pasti terbit kemarahan dan pasti sahaja anda memotong gaji pekerja anda atau anda membuang pekerja anda itu.

Begitu juga dengan ALLAH. Segala nikmat yang telah diberikan, nikmat mata untuk melihat, nikmat telinga untuk mendengar, nikmat mulut untuk bercakap, nikmat hidup untuk bernafas, nikmat oksigen yang diberikan selama ini, terlalu banyak nikmatNYA kepada kita. Dan betapa pengasihnya ALLAH mengurangkan dari 50 waktu solat hingga ke 5 waktu solat kepada kita, yang hanya dikerjakan sekitar 5-10 minit sahaja!  Takkan lah selama sedikit itu sahaja yang DIA minta dari kita dari waktu dunia ini kita masih perlu memikirkan dunia?? Hanya sementara. Hanya seketika diminta dari kita.

Dan betapa Pemurahnya ALLAH Taala tidak sekali DIA memotong segala nikmat dari kita, tidak sekalipun DIA membuang kita dari dunia ini kerana tidak taat akan suruhannya, bahkan ditambahkan lagi nikmat bagi hamba-hambaNYA yang bersyukur dan mengerjakan suruhan serta menjauhi laranganNYA. Subhanallah, Alhamdulillah, Wala ilaha illallah, Allahu Akhbar!

Tarik nafas dan hembus, tenangkan fikiran, kosongkan minda. Sekarang marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Untuk diri saya khususnya, kerana lebih berat timbangannya pada saya andai tidak saya laksanakan setiap bait yang saya coretkan di sini. 

Allahu rabbi... Rupanya berat menuju bahagia di akhiratMU. Rupanya semakin banyak yang bakal di hisab di hari terkemudian nanti bila jalan ini yang aku pilih. Berikan aku kekuatan untuk istiqomah dalam medan ini, serta ikhlaskan aku melaluinya... Aamiin...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...