Tanggal 4 April juga kembali..
Seiring dengan kelander masihi,
Bertambahnya umurku hari ini.
Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi. Semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi..selamat pulakah hari matiku??
Ya Allah..
Pada hari ini, kupinta leraikanlah segala kekusutan di fikiranku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menampung sekalipun di pinggiran rahmat-Mu. Walau sering aku lupa, namun aku sentiasa mendamba..
Entah mengapa, gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini????
Buat sahabat, teman dan kenalan..terima kasih di atas ingatan kalian.
Pada yang jauh, maafkan ku kerana gagal mendekat.
Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai.
Akhirnya terimalah ini sebagai perkongsian, buat diri dan juga teman..
Kita akan temui semula sesuatu yang kita hilang di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik.
"In life, what sometimes appears to be end is really a new beginning"
(Dalam kehidupan ini, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran rupa-rupanya adalah satu permulaan yang baru.)
Mudah-mudahan...ini adalah permulaan yang baik..Aamiin Ya Rabbulalamin..
Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan. Usah dicalarkan iman dengan istilah 'jika' dan 'kalau'. Innalillah, redha dan pasrahlah dengan 'istirja'. Walau tangan dan di bawah mata sendiri, andai ditakdirkan hancur, terlepas dan musnah, pasti punah jua. Paling penting, bersangka baikla.. ALLAH akan menyelamatkan, ALLAH akan memberikan ketenangan dan keamanan. Pahit jadi ubat. Manis jadi madu..tetap menjadi ubat...
Kita di dunia umpama layang-layang di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat, hanya di lembayung iradah-NYA. Kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, selagi rangka masih teguh. Tapi apabila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Kita tidak berhak untuk terus 'terbang' sekiranya maut menjemput pulang.
#4April2014
#Facebook
#AdaptasiTulisanPahrolMohdJuoi