Jari jemari mula menaip
Otak mula menyusun kata
Hati mula mengikut rentaknya.
Telinga disajikan muzik 'Love Me'
Buat suasana lebih mengerti akan hati
Yang kin diuji sekali lagi
Siapa aku, kau dan DIA?
Aku dan kau sama saja..
Hanya hamba.
Tak sekali dipandang tiada
Tak sekali dipuji takhta.
DIA??
Dia Tuhan Yang Esa
Biar berkali ditinggal sepi
Waktu diuji pasti kita kembali.
Allahu...
Hinanya kita meninggal DIA.
Saat nikmat bahagia diberi dunia
Saat bahagia menyelubungi mata.
Ujian datang menimpa.
Tahu pula kita pulang padaNYA
Mujurlah DIA Maha Mencinta
Pada hambaNya yang sering berdosa.
Wahai diri.
Mengapa salah sendiri mahu kau tunding jari?
Mereka tak berbuat apa kau heret bersama
Wahai diri
Sedarlah sendiri
Ini semua angkara diri
Muhasabah diri
Jangan berpaling lagi
Pada Dia Yang Maha Memberi.
0 comments:
Post a Comment