Jari mula berbicara dengan gayanya....
Sambil telinga di sajikan dengan alunan muzik yang mengusik jiwa.
________
Jiwa ketandusan,
Jiwa kesunyian....
Akal berkata,
sunyikah engkau wahai jiwa?
Jiwa_
Aku sunyi bila tiada yang mahu bicara,
Tiada si dia yang sering kali kau dan aku bicarakan hadir bersama.
Akal_
Mengertilah wahai jiwa,
Kesunyianmu bakal diganti dengan sesuatu yang lebih berharga,
Bukankah yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti?
Jiwa_
Kau mahu menafikan kau turut memikirkan tentang si dia?
Akal_
Bukan aku menafikan,
tapi aku cuba menguatkan kau walaupun aku sendiri lemah melalui segalanya.
Gagal melupakan si dia walau untuk sehari cuma.
Gagal untuk bicara denganmu bila diamnya sekeliling menyinggah antara kita.
Jiwa_
Jadi kau juga turut kesunyian wahai akal.
Akal_
Aku perlu kuat agar kau tidak jatuh dalam jurang syaitan yang durjana!
Andai aku turut terus bicara tentang si dia denganmu,
bagaimana mungkin syaitan tidak berjaya mengusik kita untuk mengganggu ketenteraman si dia?
Jiwa_
Mengganggu ketenteraman si dia?
Tidak sekali aku pernah cuba mengusik ketenteramannya,
Aku cuma ingin meluah rasa yang sarat mengganggu antara kita,
Rasa yang tak pernah padam pada sahabat kita -hati-
Hati_
Benar kata akal wahai jiwa,
Kita mengganggu ketenteraman si dia....
Jiwa_
Mengapa kau bicara seperti itu?
Sedang kau sakit memendam rindu,
Kau perit menanggung cinta yang ada tanpa bicara dari si dia?
Hati_
Benar aku sakit,
Benar aku perit,
Tapi adakah bila kita bicara dengannya akan berakhir segala rasa ini?
Aku fikir tidak.
Jiwa_
Mengapa tidak?
Belum cuba belum tahu hati!
Hati_
Seperti kata akal tadi,
Bila kita bicara dengan si dia,
Syaitan akan menghasut,
Kita akan lebih parah bila si dia menjawab bicara kita,
Segalanya akan lebih di kuasai nafsu semata.
dan aku akan lebih sakit dan perit,
bila si dia tidak memberikan jawapan dan terus bisu bicara,
bila nanti kita bicara dengannya,
aku akan merasa lebih kecewa dan hampa tanpa balasan darinya.
Biarlah jiwa, aku di sini sakit dan perit menanggung semua,
Cukup! Biar aku tahu aku sakit dan perit untuk semua ini,
Aku tak mahu lebih sakit dan perit,
Bila bicara kita nanti mengganggu kehidupannya.
Akal_
Jiwa...
Bukankah kita punya Tuhan yang punya segala,
Andai kau tidak mampu kuat untuk semua ini,
Pulanglah ke tempat asal kita dicipta,
Kau akan merasai manisnya bicara denganNYA.
DIA akan selalu menjawab segala bicara yang terluah dari kita,
Tak mengapa atas segala sakit dan perit yang kita rasa,
Pulangkan sahaja pada DIA SANG PENCIPTA,
DIA Lebih Tahu mengubatnya bagaimana,
Bukan dengan mengganggu kehidupan si dia.
Jiwa_
Aku cuma ingin meluahkan rasa,
Hanya ingin menyampaikan rindu yang ada,
Ingin bicara walau hanya sepatah salam untuk si dia..
Hati_
Kita sampaikan ia melalui doa pada DIA,
DIA Lebih Tahu bagaimana untuk menyampaikannya pada si dia,
Walau bukan di dunia ini terucapnya cinta,
Biar seisi langit tahu kita ikhlas memendam rasa,
Supaya ia tidak ternoda oleh dosa dan noda,
Supaya nanti takdir yang datang menyinggah kita lebih indah tanpa kita duga.
Jiwa.....
Aku hati, lebih sakit memendam semua,
Tapi akal, tetap bicara dengan sepatutnya,
Kita hanya hamba DIA yang dah menulis segala,
Yang dah tahu apa yang terbaik buat kita,
Redhakan sahaja andai ini takdirnya,
Akan kita bertemu juga dengan si dia bila si dia memang tercipta untuk kita.
--
Jiwa diam tanpa bicara.
Akal tersenyum memberi semangat pada jiwa.
Hati teguh berdiri, terhenti bicara.
Namun teman mereka, Mata, mengeluarkan air tanda kuatnya perasaan yang Jiwa, Akal dan Hati pendamkan...
--
___________
Ya Rabb, Kau Maha Tahu segala......