Bila tiba-tiba hati diuji..
Sekali lagi..
Bibir terdiam tiada bicara.
Air mata mengalir menterjemah rasa..
Tiada kata mampu diluah,
Tiada bait bisa diungkap,
Tangisan sahaja pengganti darah.
Dugaan..
Datang waktu tak kira masa,
Kadang datang tika memang sedang ditimpa,
Selalu datang tiba bahagia di rasa.
Ah! Dugaan..
Mengapa ketika harap bahagia didakap,
Kau hadir melenyap semua yang diharap?
Dugaan...
Kau makhluk Tuhan,
Kadang aku tak kuat melawan,
Kerana aku juga hamba Tuhan.
Dugaan..
Kau makhluk Tuhan,
Tapi kau selalu mendengar arahan,
Sedang aku lah hamba yang berakal,
Tapi selalu saja arahan aku tinggalkan.
Bila tiba-tiba hati diuji...
Allah,
KAU juga aku cari,
Padahal tika bahagia aku kecapi,
Sikit benar diri mensyukuri.
Tuhan...
Aku hamba minta simpati,
Agar diberi kekuatan diri,
Agar tak lagi jatuh sakit pedih tak terperi,
Agar sedarku berpanjangan disayangi.
Ya Rabb,
Dugaan ini aku redhai,
Ujian ini hati relai,
Namun beri aku kesabaran untuk menjalani,
Agar nanti aku dapat berdiri,
Pada jalan yang KAU dah beri.
Biar lumpuh kaki melangkah,
Biar kudung tangan menggenggam,
Biar bibir bisu tiada lidah,
Biar mata buta tak nampak arah,
Biar telinga tuli mendengar,
Cukup sahaja KAU penolong,
Cukuplah KAU sebaik-baik pelindung.
Bila tiba-tiba hati diuji,
Hasbunallah Wanikmal Wakil,
Hanya itu yang bermain di bibir....
0 comments:
Post a Comment