RSS

Tuesday, 24 December 2013

Kenangan Menyapa.

Andai saja kenangan itu boleh dipadamkan seperti lukisan.
Ingin sekali ku padam segala kenangan yang memeritkan.
Melakar kembali lukisan dengan warna-warna kegemaran.
Agar tiada lagi duga yang menggamit kehidupan....

Namun semuanya takdir Tuhan....
Aku redha, kerana aku hanya hambaNYA..

Saturday, 21 December 2013

Dunia atau Akhirat??

Sudah lama rasanya jejari tidak bermain di papan kekunci mr.lappy tercinta.
Hampir tiga bulan mungkin??

Walau  beberapa hari lepas baru sahaja meng update sebuah entry yang sebenarnya di update di laman muka buku. Di copy dan paste di sini kerana ada masalah tertentu..

Kekurangan idea mungkin.
Kekurangan ilmu untuk dikongsi di laman eletronik ini membuat saya terhenti seketika untuk terus di medan perjuangan ini.

Masa berlalu begitu pantas kerana saya sendiri yang membiarkannya memintas dan membunuh setiap ruang kelapangan yang diberikan ALLAH buat saya sepanjang cuti semester ini. Dan di percutian yang hanya tinggal beberapa hari ini ingin sekali saya kongsikan apa yang terlintas.

Bukan ilmu saya, malah ilmu TUHAN yang memberikan saya ingatan tetang sesuatu yang pernah saya baca di laman muka buku.





Seorang friends list saya pernah meng update...Yang berbunyi lebih kurang begini (statusnya dah lama, dan cuba saya ceritakan dengan ayat saya sendiri)

----> Ketika saya solat di masjid, saya letakkan cermin mata saya di hadapan saya, atas sedikit dari tempat sujud. Ketika sedang saya mengerjakan solat, ada seorang kanak-kanak yang sedang berlari-lari di hadapan saya. Apa yang saya takutkan terjadi juga apabila kanak-kanak itu memijak cermin mata dan cermin itu patah!

Hati gundah di mana mahu mencari wang untuk memperbaiki cermin mata. Duit pemberian ibu ayah telahpun digunakan untuk membeli buku rujukan. Bagaimana untuk saya meminta lagi duit pembelanjaan sedangkan baru sahaja saya dapatkan??

Lalu saya tersedar, saya ketika itu sedang solat! Sedang memperhambakan diri pada DIA Yang Satu! Seharusnya hal-hal dunia perlu saya buang jauh agar solat saya diterima. <----

Ada lagi ayat-ayat seterusnya, tapi saya tak berapa ingat.

Ya, saya sedar dan saya yakin ada di kalangan kita yang menunaikan solat, tapi dalam masa yang sama, ketika solat itu hati gundah memikirkan hal-hal yang terjadi atau bakal terjadi selepas solat.

Semua sedia maklum bahawa solat itu adalah satu ibadah.. Satu tuntutan yang bakal ditanya di akhirat kelak. Ada kata-kata yang pernah saya terbaca, "andai kamu hendak bercakap dengan ALLAH, maka solatlah, dan andai kamu mahu ALLAH bercakap dengan kamu, maka bacalah Al-Quran" Saya setuju dengan kata-kata ini.

Mengapa?? Kerana sebenarnya solat itu adalah antara kita dengan ALLAH sahaja, hubungan hati dengan pencipta yang tidak akan diganggu oleh sesiapa perlulah ada di dalam solat. Ketika mana bermulanya niat sebenarnya kita bermula dengan bercakap-cakap dengan ALLAH Yang Menciptakan. Di dalam solatlah terbuktinya keimanan kita bila lidah melafazkan, tubuh melakukan dan hati membenarkan bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH.

Di dalam solatlah terdapat satu rukun yang buat kita sebenarnya terlalu dekat dengan ALLAH. Iaitu sujud. Ketika itulah kita sebenarnya hampir dengan DIA. KENAPA?? Kerana sujud adalah satu kelakuan yang menunjukkan kita adalah hambaNYA. Satu kelakuan yang menunjukkan betapa kerdilnya kita dihadapan DIA yang telah memberikan kita pelbagai nikmat, yang tak terkira banyaknya dari sejak kita lahir hinggalah saat kita hidup ketika ini.

Dengan segala nikmat yang diberikan, adakah patut kita memikirkan dunia yang telah lama kita diami selama ini ketika kita menunaikan solat?? Perlukah kita bawa sekali dunia ketika kita menghambakan diri padaNYA yang kita harap untuk berjumpa di akhirat kelak??

Andai kata anda seorang bos di satu syarikat, tentu sahaja anda tidak mahu pekerja-pekerja anda mendapat gaji buta tanpa menjalankan tugas yang anda berikan. Tentu sahaja anda tidak mahu perkerja anda sambil lewa berjoli di luar sewaktu waktu perkerjaan sedang berlangsung. Pasti terbit kemarahan dan pasti sahaja anda memotong gaji pekerja anda atau anda membuang pekerja anda itu.

Begitu juga dengan ALLAH. Segala nikmat yang telah diberikan, nikmat mata untuk melihat, nikmat telinga untuk mendengar, nikmat mulut untuk bercakap, nikmat hidup untuk bernafas, nikmat oksigen yang diberikan selama ini, terlalu banyak nikmatNYA kepada kita. Dan betapa pengasihnya ALLAH mengurangkan dari 50 waktu solat hingga ke 5 waktu solat kepada kita, yang hanya dikerjakan sekitar 5-10 minit sahaja!  Takkan lah selama sedikit itu sahaja yang DIA minta dari kita dari waktu dunia ini kita masih perlu memikirkan dunia?? Hanya sementara. Hanya seketika diminta dari kita.

Dan betapa Pemurahnya ALLAH Taala tidak sekali DIA memotong segala nikmat dari kita, tidak sekalipun DIA membuang kita dari dunia ini kerana tidak taat akan suruhannya, bahkan ditambahkan lagi nikmat bagi hamba-hambaNYA yang bersyukur dan mengerjakan suruhan serta menjauhi laranganNYA. Subhanallah, Alhamdulillah, Wala ilaha illallah, Allahu Akhbar!

Tarik nafas dan hembus, tenangkan fikiran, kosongkan minda. Sekarang marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Untuk diri saya khususnya, kerana lebih berat timbangannya pada saya andai tidak saya laksanakan setiap bait yang saya coretkan di sini. 

Allahu rabbi... Rupanya berat menuju bahagia di akhiratMU. Rupanya semakin banyak yang bakal di hisab di hari terkemudian nanti bila jalan ini yang aku pilih. Berikan aku kekuatan untuk istiqomah dalam medan ini, serta ikhlaskan aku melaluinya... Aamiin...

Tuesday, 17 December 2013

Bersatu Teguh

Aku hanya melihat dari kejauhan.

Tak berani menyentuh.
Tak berani mendekat.
Apa lagi menggenggam.

Namun aku memejamkan mata.
Tersedar aku perlu juga merasa.
Walau sedikit cuma.
Kerana kau dan aku sama saja.

Masih melihat dan terus melihat.
Tanpa berani cuba berbuat.
Kerana tak semua nasihat.
Dapat diterima tanpa melihat.
Siapa yang cuba memberi nasihat.

Kaki ku tak mampu merasa.
Tangan ku tak mampu mendengar.
Telinga ku tak mampu melangkah.

|| Tanpa bersatu, teguh itu mustahil ||


Sunday, 24 November 2013

Lelah

Melepaskan lelah..

Menjengah sebentar pada peristiwa yang jadi sepanjang mengharungi imtihan..

Alhamdulillah, imtihan akhir dah pun selamat diperjuangkan, tinggal natijah untuk dinanti penuh pengharapan pada TUHAN..

Buat si dia..
Tak mengapalah andai itu takdirnya, aku terima penuh berserah pada Yang Maha Esa..
Mungkin dirimu terlalu tinggi untuk aku terbang bersama..
Sayap ku setinggi ini cuma..
Perkenalan singkat buat aku kenal si enggang.. 
Takkan sama terbang dengan si pipit.. 

Mujurlah cuma menjengah rasa, belum terlanjur terbang membelah awan..
Belum terlanjur membelek bintang..

Sampai sini.. terbanglah dikau tinggi melayang.. semoga nanti ketemu pencarian..


Tuesday, 12 November 2013

Tentang Hati

                Mulut saya terkumat-kamit melafazkan tasbih, tahmid dan takbir. Terasa tenang dan damai di hati ini kala kalimah-kalimah tayyibah itu dibaca bertali-tali.
                “Subhanallah…walhamdulillah..walaillaha illallah Allahuakbar,” semakin asyik saya dengan alunan zikir yang dibaca, terasa semakin damai dan syahdu menyelinap ke dalam jiwa. Betapa indahnya saat bibir melantunkan kalimah memuji-NYA, hati menyambut. Penuh rasa bahagia. Sukma bergetar bersama kerinduan yang entah bila bertemu penghujungnya. Hanya DIA yang Maha Tahu. Justeru DIA yang menerbitkan kerinduan itu.
                “Subhanallah..walhamdullilah..wala ilahaillallah.. Allahuakbar..”
                Kedengaran di telinga, Kak Long dan Kak Ngah turut mengikuti  setiap  lafaz yang dialunkan. Sesekali mereka melagukannya dengan suara yang kuat diiringi ketawa kecil. Masih belum mengerti dan memahami keindahan yang lahir daripada patah-patah perkataan agung itu. Hati saya sedikit terusik. Tersentuh dengan gelagat anak-anak yang masih belum “masak” dengan kehidupan dunia yang penuh warna.
                Saya menoleh ke belakang. Mengerutkan sedikit raut muka sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tanda tidak suka.


MAKANAN HATI
               
                Usai solat Maghrib bejemaah, saya membalikkan badan. Menghadap wajah bersih Kak Long dan Kak Ngah saling berpandangan lalu tersenyum malu-malu. Mungkin mereka tahu bahawa teguran saya sebentar tadi akan dilanjutkan pula dengan kata-kata yang lebih berisi.
                “Kak Long, tolong ambilkan Ummi sehelai kertas putih, majalah dan pen hitam. Sebatang pun cukup.” Kak Long bingkas bangun.
                “Ini, Ummi,” Kak Long menghulurkan barang-barang yang diminta. Saya menerima dengan ucapan terima kasih lalu meletakkan barang-barang tersebut di hadapan. Di tengah-tengah, betul-betul di antara saya, Kak Long dan Kak Ngah.
                Sejurus itu, saya diam kembali. Berfikir untuk memilih pembuka kata yang sesuai buat peringatan anakanda berdua. Kak Long dan Kak Ngah sabar menanti bicara.
                “Kak Long dan Kak Ngah ingat tak tazkirah Ummi tentang hati?” Saya memulakan dengan satu soalan.
                “Tentang badan perlu makanan. Begitu juga dengan hati pun memerlukan makanan,” saya menambah perencah bayangan. Terlihat kedutan pada dahi kedua-duanya diikuti anggukan kepala mereka selang beberapa ketika.
                “Kalau hati tak dapat makanan nanti dia sakit, kan Ummi?” Kak Ngah melontarkan pertanyaan sekali gus menandakan telah ada sedikit kefahaman mengenai  hati dan jiwa sebagaimana yang pernah saya sampaikan.


TITIK HITAM

                “Alhamdulillah… betullah tu. Hati kita seperti tubuh luaran juga. Sangat perlu kepada makanan untuk kekal sihat dan kuat. Tapi apakah contoh makanan untuk hati? Nasi? Coklat? Ke tomyam?” Sekali lagi saya bertanya untuk mencukil pengetahuan sedia ada pada kedua-duanya.
                Mendengar perkataan tomyam menyeringai ketawa mereka berdua. Apa tidaknya itu makanan kegamaran mereka.
                “Solat dan membaca al-Quran,” pantas Kak Long memberi jawapan. Kali ini saya membalas dengan senyuman.
                “Sekarang Ummi nak Kak Long dan Kak Ngah tutup mata,” saya mengarah sambil tangan mengambil kertas putih, majalah dan pen hitam. Dengan menggunakan pen berdakwat hitam itu, saya buatkan satu titik pada kertas putih dan satu titik lagi pada satu helaian muka surat pada  majalah yang diatasnya penuh dengan coretan dan tinta hitam.
                “Ok, boleh buka mata,” saya berkata sambil menyuakan kertas putih kepada anakanda berdua. Terpisat-pisat mereka melihat kertas putih di hadapan mata.
                “Cuba Kak Long, Kak Ngah cari titik hitam pada kertas putih ni?” pinta saya. Mereka segera menunjukkan titik hitam yang tertera pada lembaran putih bersih itu. Mereka tersenyum. Mudah!
                “Baik… sekarang cuba cari titik yang sama pada majalah ini pula,” pinta saya seterusnya. Kak Long dan Kak Ngah mendekatkan majalah tersebut rapat ke muka. Terlihat kesukaran mereka menemukan titik yang serupa pada majalah di hadapan mata. Namun percubaan mencari diteruskan sehingga akhirnya, mereka mengalah. Mereka gagal mencarinya. Payah dan susah!


HATI YANG HITAM

                Saya membelai kepala kedua-duanya sambil tersenyum puas. Langkah kedua berakhir, menyusul pula langkah ketiga.
                “Kak Long dan Kak Ngah tahu apa bezanya. Kenapa lebih mudah melihat titik yang ada di atas kertas putih berbanding titik pada majalah yang  bertulis?” Saya bertanya untuk menguji pemahaman mereka.
                “Sebab kertas putih ni kosong, senanglah nampak titik yang satu ni je,” jawab Kak Long bersahaja. Kak Ngah mengangguk kepala mengiakan jawapannya.
                “Bagus, tepat sekali jawapan Kak Long. Ummi sekadar membuat perumpamaan dan contoh supaya Kak Long dan Kak Ngah mudah faham. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Riwayat Ibn Majah no. 4244)
                “Kertas putih dan majalah umpama hati manakala titik hitam pula umpama dosa. Syaitan akan selalu menghasut manusia untuk melakukan kejahatan dan maksiat kepada Allah. Ummi, ayah dan semua orang tidak terlepas daripada hasutannya. Kalau kita dah buat baik dan ikut perintah Allah sekalipun, syaitan akan hasut supaya kita riyak, bangga diri dengan amalan baik tersebut.”

HATI YANG BERSIH

                Akan tetapi, jika hati kita bersih seperti kertas putih ini, sekali sahaja terlintas perasaan riyak dan bangga diri dalam diri, kita akan mudah sedar dan segera meminta ampun daripada Allah. Inilah hati orang yang beriman dan bertaqwa. Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka akan ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Surah al A’raf 7:201)
                “Tetapi, cuba Kak Long dan Kak Ngah bayangkan kalau hati kita ni penuh dengan warna hitam seperti majalah ini. Jangankan riyak, sikap sombong yang nampak secara lahir pun akan sulit untuk kita kesan dan insafi kerana hati yang penuh dosa,” tambah saya lagi.
                “Sebab tu kalau hati kotor,orang mudah buat jahat ye Ummi?” Serius Kak Ngah bertanya untuk beroleh jawapan pasti.
                “Ya. Sebab itu Ummi tak gembira bila Kak Long dan Kak Ngan main-main masa berzikir tadi. Salah satu cara untuk dapatkan hati yang bersih adalah dengan zikir. Allah suka sangat jika kita banyak mengingati Allah, menginsafi kebesaran Allah dan menyedari keagungan Allah. Insya-Allah, dengan selalu berzikir hati kita akan menjadi bersih, lembut, lebih halus dan lebih peka untuk menyedari kesilapan dan dosa yang kita lakukan terutama dalam hal-hal yang tersembunyi seperti penyakit-penyakit hati tadi,” saya mengakhiri kata-kata.


ANTARA DUA HATI

                Saya menginsafi  bahawa hati merupakan benteng keteguhan iman seorang manusia. Namun, apabila hati manusia telah mati dan tidak bersinar dengan cahaya hidayah, amat mudah bagi syaitan untuk menewaskannya di gelanggang mujahadah. Nafsu yang sentiasa mengajak kepada kemaksiatan menjadi bertambah kuat dengan bantuan syaitan laknatullah. Maka terbukalah pintu segala kejahatan ke dalam diri, kerana syaitan itu meresap ke dalam jasad anak Adam sebagaimana mngalirnya darah di dalam tubuh. Kemanisan dan kelazatan beribadat tidak lagi dapat dirasakan. Tembok pengadang terbina, menghalang kepada masuknya cahaya ilmu dan iman.
                Walaupun pengetahuan setinggi langit, tetap sahaja ia tidak meresap ke dalam jiwa. Tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Inilah impak dari hati yang hitam dan berdebu dengan noda dan dosa. Benarlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseluputi kekotoran dan sebab kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Nutaffifin 83:14)
                Saya menyambung zikrullah, mengingati-Nya, membesarkan-Nya dengan sepenuh jiwa. Bermula dengan suara yang jelas di telinga beralih semakin sayup menekan  sukma. Bantulah kami ya Allah untuk membersihkan hati. Menyisih segala mazmumah yang bersarang dalamnya sehingga mampu kami bertemu-Mu kelak dengan keimanan yang sempurna, amin.
                “Orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman mereka.” (Surah al-Anfal 8:2)
                Mencari dan terus mencari cinta ILAHI…



copy and paste

Tuesday, 5 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435H


Tahun Baru 1435H telah sampai waktunya.
Di kesempatan ini juga ingin saya ucapkan
Salam Maal Hijrah bagi pembaca beragama ISLAM.

Semoga tahun baru yang mendatang ini
Hidup kita dipenuhi dengan amalan-amalan
Yang diredhai oleh ALLAH S.W.T

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah Membentuk perpaduan
Berhijrahlah (berubah) ke arah yang lebih baik
Biar sedikit asalkan istiqomah
Biar perlahan asalkan natijahnya berkekalan

Wednesday, 30 October 2013

Final Exam- Semoga Najah-

Sekarang ni fenomena video parodi banyak sungguh di laman-laman sosial.

Kalau sebelum ni sibuk dengan gadis yang couple seminggu, sekarang ni penuh dengan video "Macam comel je. macam comel je". Siap ada kenyataan balas selepas videonye dihentam hebat oleh orang-orang awam.

Ada housemate saya yang mencadangkan saya buat video macam tu, "jalan dakwah tu luas...kan? Apa salahnya cuba"

Pada saya tak perlu untuk buat begitu, memang jalan dakwah luas, tapi bila ia membabitkan kata-kata kutukan yang akan memburukkan ISLAM tu sendiri, lebih elok tak perlu rasanya.

Dan sedikit sebanyak, terhibur dengan trackmark yang terhasil dari parodi-parodi tersebut, "macam comel je, macam comel je" (nampaknya saya pun terikut trackmark ni). 

Apalah salahnya meringankan fikiran sambil-sambil minggu belajar ni kan? Minggu depan saya akan menduduki peperiksaan, doakan saya najah kali ni, dan doakan saya betul-betul najah!! Aamiin..

gambar nota sem lepas :p

Nak maghrib dah ni, selamat bermaghrib semua pembaca.

Monday, 28 October 2013

Status Hati


Bahagia!! Kemana menghilangnya engkau?? Saat aku keseorangan melalui hari-hari sakit begini. Kemana engkau duhai bahagia? Kemana kau menghilang. Aku perlukan kau kerana aku telah disakiti, dikhianati, didustai!


Itulah yang mungkin seseorang rasakan ketika hati sedang dilukai. Perpisahan dengan seseorang yang kita sayangi tak siapa yang mahu. Namun takdir Tuhan telah menuliskan semuanya. Tak siapa yang tahu masa terdepan yang bakal kita lalui.

Kasih yang sempat dicurahkan hati bukan sedikit, malah bukan juga sedikit ruang hati yang telah didiami. Ada yang terpisah kerana prisip masing-masing yang tak lagi ada persamaan, ada juga yang terpisah kerana pengkhianatan salah seorang, malah ada yang terpisah kerana bukan jodoh dari Tuhan. Takdir telah tertulis, waktunya telah tiba, setiap pertemuan yang dulunya membuahkan senyuman kini membuat hati berdarah tangisan tercurah.

Melupakan seseorang yang kita sayang sesukar membayangkan seseorang yang belum pernah hadir dalam hidup

Bait kata ini pernah saya baca suatu ketika dahulu. Ya, melupakan seseorang yang pernah menjadi istimewa dalam hati adalah sesukar membayangkan seseorang yang belum pernah hadir dalam hidup. Cubalah anda membayangkan siapakah yang akan hadir dalam hidup kita? Bagaimana wajahnya, cantikkah? Kacakkah? Kuruskah? Tinggikah? Setiap persoalan ini akan hadir untuk membayangkan seseorang itu. Berikutan juga ketika ingin melupakan seseorang itu, akan hadir persoalan-persoalan, apakah yang dia lakukan ketika ini? Sihatkah dia? Masihkah seperti dahulu? Masihkah dia mengingati aku? Dan bermacam-macam persoalan lagi akan hadir di minda saat kita katakan kita mahu melupakan seseorang.

Saat kau katakan kau mahu melupakan dia, sebenarnya dia masih lagi dalam fikiran kau.

Ya!!! Inilah hakikatnya. Saat bibir melafazkan aku nak lupakan dia, dalam fikiran kita masih segar setiap kenangan bersamanya sebenarnya. Lalu bagaimana ingin kita lupakan seseorang yang tidak lagi ditakdirkan buat kita?

ALLAH berfirman:

Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah Yang Maha Mengetahui (semuanya), sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah : 216)

ALLAH memujuk hatimu dengan kalamNYA yang suci. Kita hanyalah hambaNYA yang menjadi khalifah di bumi ciptaanNYA. Telah ditakdirkan jalan hidup mu supaya berpisah dengan yang anda sukai. Bukanlah sesuatu yang sia-sia setiap kejadian yang berlaku. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Hikmah yang baik buat kita sebagai hamba. Baik atau buruk sesuatu itu, kita sebagai hamba perlulah berbaik sangka denganNYA yang Maha Menciptakan.

Melupakan seseorang bukanlah perkara yang mudah, saya akui itu. Akan tetapi bila kita sandarkan semua kesakitan, dugaan yang kita lalui ini pada Yang Maha Menciptakan, pasti segalanya akan menjadi mudah. Hari-hari yang dilalui terasa senang dan satu saat nanti anda sendiri akan tersenyum melihat kesukaran yang sekarang anda lalui dapat anda jalani dengan penuh tabah dan sabar.

Nabi Junjungan kita Muhammad S.A.W pernah berkata kepada Saidina Abu Bakar r.a ketika mereka bersembunyi dari musuh di Gua Tsur.

La takhaf wa la tahzan. Innallah ma'ana.
"Janganlah  kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya ALLAH ada bersama kita"

Ya ALLAH bersama anda sebenarnya. Mendengar rintihan hati anda yang sedang sakit kerana perpisahan yang berlaku. Bukan ALLAH tidak faham sakitnya, peritnya, lukanya hatimu akibat perpisahan itu, tetapi kerana DIA Tahu kamu mampu melalui saat-saat getir ini, dan DIA ingin mendengar suara rayuanmu mengadu domba padaNYA.

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
(Al-Baqarah : 286)

Bangkitlah dari kesedihan itu. Usah terlalu lama berada dalam kesedihan itu. Kerana masa tetap akan berjalan, kematian tetap kita kan tempuhi. Pulanglah ke jalan yang asal iaitu jalan yang ALLAH telah tetapkan untuk kita sebagai makhlukNYA. Jalan dimana anda akan dekat denganNYA. Kembalikan segala apa yang dirasakan kepada pemilik segalanya. ALLAH lah tempat yang seharusnya kita kembali. ALLAH lah tempat yang seharusnya kita berserah diri. Sesungguhnya apa yang datang itu hanyalah ujian untuk menguji keimanan kita sebagai hambaNYA.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan "kami telah beriman", sedang meraka tidak diuji?
(Al-'Ankabut : 2)

Ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat! Kerana ujian itu adalah salah satu bentuk kasih sayangNYA buat hambaNYA. Usah ragu lagi untuk teruskan hidup. Masih ramai lagi yang kan bersama anda untuk teruskan hidup. Barang yang lepas jangan dikenang, kan pasti ada yang datang menenangkan. Semoga di setiap langkah yang di ayunkan kaki kita sentiasa bersama redhaNYA. Itu doa saya buat semua pembaca.

Sunday, 27 October 2013

Penantianmu Tak Akan Sia-sia Bila Kau Pasrahkan Pada-Nya.

Maukah anti menantikan ana, ukhti? Ana pasti akan segera melamar setelah selesai kuliah” ujar seorang ikhwan dibalik hijab internet. Tak ada jawaban, sepertinya akhwat di seberang sana sedang menimbang-nimbang.

Tapi kalau antum justru memilih orang lain gimana? Nanti ana nunggu lama ternyata antum nggak kunjung datang.”Akhwat ini masih berpikir yang masuk akal, belum dibutakan.

Nggak ukhti, andai anti tahu harapan ini begitu besar. Tapi tak mengapa kalau anti nggak menunggu ana, mungkin anti bukan jodoh ana. Semoga saja ana mendapatkan jodoh seperti anti, karena hanya anti yang ana harapkan untuk jadi ummi dari anak-anak ana kelak,” aku sang ikhwan.

Luluhlah sudah mata dan hati sang akhwat dengan kata-kata pujangga, berhasillah sudah mereka membuat janji angan-angan yang tak pasti. Atau jangan-jangan itulah daya tarik syetan untuk mengawali sebuah hubungan yang memuakkan.

Lain lagi dengan seorang akhwat yang sedang terlihat bersedih juga dibalik hijab Internet.

Mas, yakinlah aku akan menanti kedatanganmu.Aku akan menunggumu menyelesaikan kuliahmu,”aku sang akhwat sendu.

Aku yakin adik mampu,tapi banyak hal yang perlu pikirkan selain menanti kehadiranku. Laki-laki mana yang nggak senang kalau dinantikan kehadirannya. Cuma, kau berhak untuk tidak menantikanku ukhti. Kau tau, aku tak ingin terbebani rasa penantian,dimana ketika kau dan aku nggak berjodoh,mungkin akan terasa sakit,” balas seorang ikhwan disebrang sana.

Tapi aku..”

Afwan dik,aku nggak mau memberimu harapan apa-apa dan aku juga nggak berharap terlalu banyak padamu. Dan maaf sekiranya hubungan ini, kau anggap sebagai harapan. Plis, jangan menantiku. Kau pun berhak bahagia, menantiku bukan pilihan untuk bahagia, karena semua masih gelap di depan sana.”

Aku memang mencintaimu tapi aku juga berhak berharap ada cahaya di kegelapan. Tapi kau benar mas, tak ada kepastian di depan sana, karena aku dan kamu tak pernah tahu siapa jodoh kita kelak. Sedangkan harapan hanya keinginan manusia yang sering kali disusupi syetan. Ya, mungkin syetan tengah menyusupi hatiku dengan nafsu yang tak pernah aku sadari. Andai semua laki-laki paham arti penantian.

Ya, andai semua laki-laki paham betapa beratnya rasa penantian yang kadang terasa amat panjang, dan tak jarang di akhir penantian ternyata menyakitkan.

Aku nggak mau membahas siapa yang salah atau siapa menanti siapa, yang ingin aku bahas ketika kamu memberikan harapan untuk sebuah penantian, benarkah kamu akan mampu mewujudkannya?

Menanti hanya teori yang terlihat begitu mudah,tapi faktanya nggak semudah membalikkan telapak tangan. Wajar kok, kalau setiap insan merindukan pendamping, menanti-nanti siapakah yang akan menjadi jodoh seumur hidupnya. Hanya saja akan menjadi nggak wajar ketika sebuah penantian menjadi bagian dari sebuah permainan.

Permainan dua insan yang belum halal saling menanti dalam ketidakpastian, karena katanya cinta, katanya sayang, katanya dan katanya lagi dengan berbagai alasan, jadi nekad untuk tetap berjalan di lorong yang nggak pernah tahu dimana dan kapan sampai ujungnya. Dan kamu tahu, bagian ini lah yang paling disukai syetan.

Karena dianggap saling menanti, pacaran berbungkus ta’aruf pun jadi, maksiat sudah nggak pernah dianggap lagi, pokoknya terobos halang rintang sekalipun melanggar syariat. Syetan tengah bekerja begitu mudahnya karena hatimu sudah nggak ada pelindungnya. Yang penting menyenangkan, padahal kamu nggak pernah tahu apa yang akan menantimu di depan.

Benarkah jodohmu adalah dia yang kamu nantikan, setelah sekian lama kamu hanya saling sapa dengan obrolan sok manis, sok perhatian. Sayangnya, banyak dari mereka hanya ingin menggoda saja, bahkan cuma ingin menunjukkan kehebatan mereka dalam takluk menaklukkan. Dan bisa saja kamu menjadi salah satu korbannya.

Mendingan kamu menantikan jodoh pilihan Allah Subhanahu Wa Ta’ala daripada hanya menantikan ketidak pastian, iya kalau dia ternyata jodohmu, kalau bukan? Penantian panjang yang sia-sia kan? Bersabarlah cantik,penantianmu tak akan pernah sia-sia jika kau pasrahkan pada-Nya.

Bolehlah kalau kamu bilang itu salah satu ikhtiar, tapi pikirkanlah apakah tak ada ikhtiar yang lain sampai kamu rela menantinya? Bila itu bagian dari ikhtiar, kamu dan dia nggak akan menunda-nunda untuk segera menikmati kehalalan, bukan menikmati yang sebaliknya walaupun terlihat menyenangkan.

Cantik, menantilah di jalan yang diridhoi Allah dan Dia akan menuntunmu pada penantian yang tak akan pernah menyakitimu. Hentikanlah untuk berharap pada kekosongan, yakinilah jika dia memang serius untuk menjalani sebuah hubungan, dia akan melamarmu bukan memberimu angan-angan. Sadarilah, jangan ragu menolak jalan yang nggak di ridhoi-Nya.

Ikhwan, kau sangat tahu banyak wanita sedang menanti kehadiranmu. Jangan kau manfaatkan kelemahan mereka sebagai pelampiasan kehebatanmu dalam menaklukkan mereka. Bukankah kau ingin mendapatkan wanita shalihah yang akan melahirkan generasi Rabbani yang memanggilmu ‘Abi’? Bagaimana mungkin kau akan mendapatkannya jika kau masih meruntuhkan harapan wanita-wanita yang sedang galau akan jodohnya? Janji Allah pastilah benar, bila kau mensholehkan diri,insya Allah kau pun akan mendapatkan yang sebanding denganmu.

Jikalau sesuatu dimulai dengan yang tidak baik maka hasilnya pun akan jauh dari kata baik, namun jika sesuatu dimulai dengan yang baik sesuai syariat yang Allah berikan,insya Allah akhirnya pun pasti membuatmu tersenyum cantik..



Copy and Paste

Thursday, 24 October 2013

Garisan Penamat

Pejam celik.
Pejam celik.

Bumi Darul Aman ni dah hampir 5 tahun saya diami. Dah menjadi pemastautin. Tapi lepas ni. Tak tahu lagi takdir yang tertulis buat diri. Hajat di hati mahu menetap di sini. Di bumi yang mana saya belajar banyak perkara.

Dari KOSONG sampai saya ditanya "Orang Kedah ke dik?" Akibat rajin berbahasa Kedah. Sampaikan orang dengar longat bahasa saya dah ttidak asing seperti di awal-awal menjejakkan kaki di sini.

Sayu andai bumi Kedah ni saya tinggalkan. Bila lagi akan ku jejakkan kaki ke sini??

Final exam tak lama lagi. Kurang sebulan lagi akan menjelmakan diri. Walaupun jumlah subjek yang di ambil tak banyak macam sebelum ni. Tapi getaran untuk menduduki peperiksaan tetap dirasai.

Semoga Allah permudahkan.

Solat sunat taubat, sunat hajat. InsyaAllah akan saya cuba buat setiap malam. Bukan untuk periksa sahaja. Malah untuk hidup lebih diberkati. Semoga matiku nanti di dalam keadaan Khusnul Khatimah. Aamiin.

Lepas ni nak buat apa?? Wallahu 'Alam.. Semoga apa yang dirancang sama dengan perancanganNYA..

"Manusia merancang dangan cita-cita, ALLAH merancang dengan cintaNYA"

Garisan penamat takkan saya temui walaupun Kedah bakal saya tinggalkan. Garisan penamat saya akan saya temui bila roh tidak lagi bersama jasad. Apabila roh saya tidak lagi berada di alam dunia yang fana ini.

Semoga segalanya dipermudahkan. Doakan saya najah pada imtihan akhir kali ni. Aamiin...

Terima kasih.

Wednesday, 16 October 2013

Penghujungnya Jalan Ini


Penghujungnya Jalan Ini

Wahai ALLAH
Jalan cintaMU yang aku inginkan
Namun tiap kali jalan ku temu
Pasti ada ujian datang bertandang.

Kadang kaki penat berjalan
Lalah melangkah
Tenat menyusuri kehidupan yang belum tiba garisan penamat
Tapi Bila menyedari diri belum mampu menggapai SyurgaMU
Langkah terus ku pertahankan
CintaMU masih ingin ku capai
SyurgaMU ku jadikan impian.

Ya ALLAH
Jauh diri melangkah
Masihkah ada hati yang tersakiti?
Masihkah wujud benci?
Masihkah diri ini dhina dicaci?

Ku bermohon Tuhan
Biar aku yang menanggung beban
Biar aku teruskan perjalanan
Dengan sedikit kekuatan
DariMU Yang Maha Hebat.

Moga Jalan redhaMU  yang ku jalani
dan
Ku temukan cintaMU di hujung perjalanan ini.

29 September 2013
Instagram
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...