RSS

Friday, 10 October 2014

Coretan ini.

Mengaku, Aku mengaku.
Terlalu sering meninggalkan lembaran eletronik ini.

Malah sampai berbulan tak ada entry baru untuk dibaca para pembaca. Dan bila ada coretan yang terlakar tentang diri. Tak berapa menarik minat para pembaca.

Kesukaanku. Menulis bila perlu. Malah menulis itu menjadi kegiatan ku sewaktu hati diuji. Kerana itu pembaca lebih banyak melihat coretan berlagu sendu yang tercalit disini.

Bukan apa. Memang begini caraku. Bila bibir tidak lagi mampu bersuara untuk bicarakan hal itu. Aku lebih memilih meluahnya melalui kata-kata yang tak seberapa.

Aku hanya insan biasa. Tak lari dari suka dan duka. Sungguh. Aku lebih suka dunia tahu aku gembira dari ketahui aku sedang berduka. Hanya mereka yang prihatin sahaja tahu aku sedang berduka kala menulis menjadi pilihan.

Selalu pembaca lebih banyak melihatnya terlakar pada sajak yang aku olah di atas gambar. Kata-kata yang kadang aku bersuara bila ilham datang menjelma, seiring emosi yang sedang menerjah otak fikiran. Itu aku. Ya, Itu aku. Tiada maksud sekali melukakan hati sesiapa yang membacanya.

Namanya pun manusia. Selalu ada kisah yang sama, tapi perjalanannya berbeza. Namun persamaan perasaan di dalam jiwa itu serupa. Tak siapa dapat menafikannya.

Jadi, jangan kalian menilai coretanku sebagai meluah perasaan untuk dunia tahu apa yang aku terkilan. Tapi, ketahuilah, coretan itu hanya untuk aku simpan sebagai kenangan. Dan aku biarkan mereka yang melalui ujian, berkongsi perasaan. Tak semua dapat meluahkan apa yang di simpan seperti aku meluahkannya di dalam tulisan. Walau aku tahu aku bukanlah seorang penulis yang memberi kesan terhebat pada kalian. Tapi aku yakin pasti ada yang terkesan walau cuma seorang!

Jadi, biarkan aku mencoretkannya sebagai tulisan. Kerana ini caraku melampiaskan perasaan, Bukan bermaksud melukakan kalian, tapi ini sahaja hatiku dapat tenang. Selain aku mengadu pada Tuhan,

Amalan Ibu Imam Shafie

AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKAN BELIAU

1) Menyusukan beliau dalam kead
aan berwudhu'

2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan

3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri

4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa


Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun.
Info dan Panduan untuk bakal dan ibu bapa .

Tuesday, 15 July 2014

Doa

Seperti yang kita tahu doa itu senjata bagi orang Islam. Senjata yang paling tajam selepas usaha dan tawakal. Dimana kedudukan keyakinan dan kepercayaan kita terhadap ALLAH S.W.T dinilai dari keadaan kita berdoa.


Pernah tak terfikir, semasa kita berdoa untuk meminta sesuatu, kita juga sedang diuji?

Ketika ALLAH mengabulkan doa kita.

Syukur perlulah terlebih dahulu kita ucapkan saat doa yang kita pinta diberikan, ditunaikan oleh ALLAH Yang Maha Memberi. Alhamdulillah, apa yang dihajati terjadi, ditunaikan, diberikan dari Tuhan sekalian alam yang menciptakan setiap sesuatu.

Nikmat yang dirasai sewaktu itu sebenarnya adalah satu ujian buat kita. Andai sahaja kata syukur kita leka untuk ucapkan, serlahkan buat Sang Pemberi, pastinya Sang Pemberi merasa hampa dengan hambaNYA. Sepertimana manusia yang memberi, dan mengharapkan balasan, dan kadang dengan ucapan 'Terima Kasih' membuatkan si pemberi merasa senang hati, merasa dihargai dengan pemberian itu.

Oh! Jangan disangka ALLAH seperti hambaNYA. Tidak sama sekali! ALLAH S.W.T sebenarnya langsung tidak kisah akan kata syukur itu. Kerana ALLAH S.W.T Maha Memiliki semua yang ada di langit dan di bumi. Namun, bukankah ALLAH S.W.T telah berfirman "Jika kamu bersyukur, maka akan aku tambahkan pemberianKU". Lalu rugikah kita untuk mensyukuri nikmat yang diberi? Bukankah kita akan mendapat lebih banyak nikmat andai kita mensyukuri segala pemberianNYA?

Ya! Ujian samaada kita mengingatiNYA sewaktu doa kita dikabulkan adalah adakah kita mensyukuri nikmat yang diberikan itu.

Ketika doa kita tidak dimakbulkan.



Dah lama kita meminta. Dah lama kita berdoa. Bukan setakat berhari-hari. Terkadang berbulan-bulan. Bahkan sehingga bertahun-tahun.Tapi sehingga hari ini, permintaan kita tak kunjung tiba bayangnya.

Entah berapa titis air mata yang bercucuran. Setiap kali tangan diangkat selepas solat, saat itu juga hati sebak. Meminta dengan penuh pengharapan.

Letih, penat, lelah dalam berdoa.

Hingga ada antara kita yang berputus asa untuk berdoa.

Hingga ada antara kita yang mula mempersoal,

"Ya ALLAH, bila KAU mahu makbulkan doa ku? Ya ALLAH, kenapa KAU belum makbulkan doa ku? Ya ALLAH, apa silapku sehingga doa ku masih belum KAU makbulkan? Ya ALLAH, apakah kerana dosa-dosa silamku? Ya ALLAH, tak terimakah ENGKAU akan taubatku?"

Minda penuh persoalan. Penuh tanda tanya. Tapi entah pada siapa soalan perlu dilontarkan, untuk mendapatkan jawapan.

Saat bila mana persoalan memenuhi ruang fikiran, bibit-bibit prasangka mungkin akan mula terbit.

Bukankah kitab ALLAH tertulis,

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKU nescaya AKU perkenankan doa permohonan kamu"
(Surah Ghafir ayat 60)

Tapi... kenapa doaku masih belum dimakbulkan? Bukankah ALLAH tak pernah memungkiri janjiNYA? Habis tu, KENAPA? Kita mula mempersoalkan sedangkan kita lupa memuhasabah diri. 

Lupakah kita pesan Baginda SAW?

"Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba ALLAH selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. 

Ditanya kepada Baginda : Apa itu tergopoh-gapah ? 

Sabda baginda : Apabila dia berkata: Aku telah pun berdoa! Aku telah pun berdoa! Tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa."

(Hadis Riwayat Muslim)


Gopoh gapah

Benar. Kita gelojoh. Tamak. Gopoh. Meminta sesuatu yang dirasakan baik untuk kita, sedangkan sebenarnya ALLAH lah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Apa, bila, di mana. DIA Yang Maha Mengetahui.

Bila hati kita penuh persoalan, kita sebenarnya terlupa pada satu perkara. Keyakinan! Ya, Keyakinan yang padu kepada ALLAH S.W.T tanpa sedikitpun terselit rasa prasangka.

Keyakinan bahawa doa kita PASTI akan dimakbulkan ALLAH. KEYAKINAN yang sebenarnya merupakan piawaian KEIMANAN kita.

Maka di situlah ujian hati dan iman kita. Di situ, ALLAH emnguji kesabaran dan ketabahan kita sebagai hambaNYA

-------------

"Berdoalah kamu kepada ALLAH dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya ALLAH tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa"
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)


TRUST in His timing,
RELY on His promises,
WAIT for His answers,
BELIEVE in His miracles,
REJOICE in His goodness,
RELAX in His presence.


Jika hati masih tertanya-tanya. Jika hati masih ragu-ragu.

When in despair turn to DU'A
When in need of regular guidance turn to PRAYER
When in need of understanding turn to ALLAH


Dengarlah Doamu

Bila mengharapkan sesuatu, kita berdoa. Berdoa dan terus berdoa. Menyebut dan terus menyebut.
Hingga terlupa satu perkara.

Mendengar doa sendiri.

"Ya ALLAH, jika ini yang terbaik, permudahkanlah urusanku. Perkenankanlah permintaanku. Berilah yang terbaik untukku. Berilah petunjukMU padaku."

Ingatlah, kita meminta apa yang kita rasakan terbaik dengan memohon ALLAH TUNJUKKAN JALAN. MEMOHON ALLAH MEMBERI PANDUAN. Dan jawapan ALLAH? Mungkin dalam bentuk memperkenankan doa kita seperti yang diminta ATAU mungkin ALLAH menangguhkannya atau memberikan "hadiah" lain yang jauh lebih baik buat kita. Tapi itulah yang TERBAIK untuk kita.

"ALLAH would never rejected our du'a, but HE may REDIRECT it to the correct path towards our definite fate"- Anonymous

Teruslah Berdoa

Bila mana ALLAH masih memberikan kekuatan kepada kita untuk berdoa, teruslah berdoa. Mintalah pertolongan daripada ALLAH untuk kurniakan kesabaran pada kita dalam berdoa. Untuk mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam berdoa. Untuk terus mendidik jiwa kita menjadi hamba yang hanya bergantung harap semata-mata kepada ALLAH.

Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.

Nikmat yang telah ALLAH beri, jarang kita syukuri. Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini... Namun tidak salah untuk terus meminta... tetapi pintalah dengan hati yang bersyukur. ALLAH tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu. Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa... itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!

"Syukur... kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur". Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dan satu hari nanti, apabila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

" ... Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janjiNya"
(Surah ali-Imran ayat 9)

"I am not worried about whether my du'a will be responded to, but rather I am worried about whether I will be able to make du'a or not. So if I have been guided (by ALLAH) to make du'a, then (I know) that the response will come with it." - Saidina Umar Ibnu Al-Khattab

Berdoalah, kerana ALLAH sentiasa mendengar. 

ALLAH berfirman yang bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir. AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKU (dengan mematuhi perintahKU), dan hendaklah mereka beriman kepadaKU supaya mereka mendapat petunjuk "
(Surah al-Baqarah ayat 186)

Olahan dari tulisan Fakhriah Ramli


Sunday, 15 June 2014

Bila tiba-tiba hati diuji..

Bila tiba-tiba hati diuji..


Sekali lagi..
Bibir terdiam tiada bicara.
Air mata mengalir menterjemah rasa..

Tiada kata mampu diluah,
Tiada bait bisa diungkap,
Tangisan sahaja pengganti darah.

Dugaan..
Datang waktu tak kira masa,
Kadang datang tika memang sedang ditimpa,
Selalu datang tiba bahagia di rasa.

Ah! Dugaan..
Mengapa ketika harap bahagia didakap,
Kau hadir melenyap semua yang diharap?

Dugaan...
Kau makhluk Tuhan,
Kadang aku tak kuat melawan,
Kerana aku juga hamba Tuhan.

Dugaan..
Kau makhluk Tuhan,
Tapi kau selalu mendengar arahan,
Sedang aku lah hamba yang berakal,
Tapi selalu saja arahan aku tinggalkan.

Bila tiba-tiba hati diuji...

Allah, 
KAU juga aku cari,
Padahal tika bahagia aku kecapi,
Sikit benar diri mensyukuri.

Tuhan...
Aku hamba minta simpati,
Agar diberi kekuatan diri,
Agar tak lagi jatuh sakit pedih tak terperi,
Agar sedarku berpanjangan disayangi.

Ya Rabb,
Dugaan ini aku redhai,
Ujian ini hati relai,
Namun beri aku kesabaran untuk menjalani,
Agar nanti aku dapat berdiri,
Pada jalan yang KAU dah beri.

Biar lumpuh kaki melangkah,
Biar kudung tangan menggenggam,
Biar bibir bisu tiada lidah,
Biar mata buta tak nampak arah,
Biar telinga tuli mendengar,
Cukup sahaja KAU penolong,
Cukuplah KAU sebaik-baik pelindung.

Bila tiba-tiba hati diuji,
Hasbunallah Wanikmal Wakil,
Hanya itu yang bermain di bibir....

Sunday, 1 June 2014

Tentang Jiwa, Akal dan Hati

Jari mula berbicara dengan gayanya....
Sambil telinga di sajikan dengan alunan muzik yang mengusik jiwa.

________
Jiwa ketandusan,
Jiwa kesunyian....

Akal berkata,
sunyikah engkau wahai jiwa?

Jiwa_
Aku sunyi bila tiada yang mahu bicara,
Tiada si dia yang sering kali kau dan aku bicarakan hadir bersama.

Akal_
Mengertilah wahai jiwa,
Kesunyianmu bakal diganti dengan sesuatu yang lebih berharga,
Bukankah yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti?

Jiwa_
Kau mahu menafikan kau turut memikirkan tentang si dia?

Akal_
Bukan aku menafikan,
tapi aku cuba menguatkan kau walaupun aku sendiri lemah melalui segalanya.
Gagal melupakan si dia walau untuk sehari cuma.
Gagal untuk bicara denganmu bila diamnya sekeliling menyinggah antara kita.

Jiwa_
Jadi kau juga turut kesunyian wahai akal.

Akal_
Aku perlu kuat agar kau tidak jatuh dalam jurang syaitan yang durjana!
Andai aku turut terus bicara tentang si dia denganmu,
bagaimana mungkin syaitan tidak berjaya mengusik kita untuk mengganggu ketenteraman si dia?

Jiwa_
Mengganggu ketenteraman si dia?
Tidak sekali aku pernah cuba mengusik ketenteramannya,
Aku cuma ingin meluah rasa yang sarat mengganggu antara kita,
Rasa yang tak pernah padam pada sahabat kita -hati-

Hati_
Benar kata akal wahai jiwa,
Kita mengganggu ketenteraman si dia....

Jiwa_
Mengapa kau bicara seperti itu?
Sedang kau sakit memendam rindu,
Kau perit menanggung cinta yang ada tanpa bicara dari si dia?

Hati_
Benar aku sakit,
Benar aku perit,
Tapi adakah bila kita bicara dengannya akan berakhir segala rasa ini?
Aku fikir tidak.

Jiwa_
Mengapa tidak?
Belum cuba belum tahu hati!

Hati_
Seperti kata akal tadi,
Bila kita bicara dengan si dia,
Syaitan akan menghasut,
Kita akan lebih parah bila si dia menjawab bicara kita,
Segalanya akan lebih di kuasai nafsu semata.

dan aku akan lebih sakit dan perit,
bila si dia tidak memberikan jawapan dan terus bisu bicara,
bila nanti kita bicara dengannya,
aku akan merasa lebih kecewa dan hampa tanpa balasan darinya.

Biarlah jiwa, aku di sini sakit dan perit menanggung semua,
Cukup! Biar aku tahu aku sakit dan perit untuk semua ini,
Aku tak mahu lebih sakit dan perit,
Bila bicara kita nanti mengganggu kehidupannya.

Akal_
Jiwa...
Bukankah kita punya Tuhan yang punya segala,
Andai kau tidak mampu kuat untuk semua ini,
Pulanglah ke tempat asal kita dicipta,
Kau akan merasai manisnya bicara denganNYA.

DIA akan selalu menjawab segala bicara yang terluah dari kita,
Tak mengapa atas segala sakit dan perit yang kita rasa,
Pulangkan sahaja pada DIA SANG PENCIPTA,
DIA Lebih Tahu mengubatnya bagaimana,
Bukan dengan mengganggu kehidupan si dia.

Jiwa_
Aku cuma ingin meluahkan rasa,
Hanya ingin menyampaikan rindu yang ada,
Ingin bicara walau hanya sepatah salam untuk si dia..

Hati_
Kita sampaikan ia melalui doa pada DIA,
DIA Lebih Tahu bagaimana untuk menyampaikannya pada si dia,
Walau bukan di dunia ini terucapnya cinta,
Biar seisi langit tahu kita ikhlas memendam rasa,
Supaya ia tidak ternoda oleh dosa dan noda,
Supaya nanti takdir yang datang menyinggah kita lebih indah tanpa kita duga.

Jiwa.....
Aku hati, lebih sakit memendam semua,
Tapi akal, tetap bicara dengan sepatutnya,
Kita hanya hamba DIA yang dah menulis segala,
Yang dah tahu apa yang terbaik buat kita,
Redhakan sahaja andai ini takdirnya,
Akan kita bertemu juga dengan si dia bila si dia memang tercipta untuk kita.

--
Jiwa diam tanpa bicara.

Akal tersenyum memberi semangat pada jiwa.

Hati teguh berdiri, terhenti bicara.

Namun teman mereka, Mata, mengeluarkan air tanda kuatnya perasaan yang Jiwa, Akal dan Hati pendamkan...
--
___________
Ya Rabb, Kau Maha Tahu segala......


Thursday, 15 May 2014

Sejauh Mana Hamba Mengenali Tuhannya?

Ada satu cerita...

Sahabat alam maya bertanya..

"Sejauh mana manusia selain dari Nabi mengenal ALLAH?"

Aku terdiam..

"Mana mungkin manusia biasa mengenal TUHAN dengan hanya mengetahui nama dan sifat-sifatNYA sahaja,

Andai saya hanya kenal Muflihah dari sifat Muflihah sahaja, tanpa mendekati Muflihah, mustahil saya kenal Muflihah tanpa saya sendiri mendekati Muflihah"

Aku,
"Maknanya manusia jauh dari ALLAH sebab tu tak kenal ALLAH?"

Sahabat,
"Ya, sebab tanpa mendekati ALLAH kita takkan kenal DIA. Kita hanya kenal nama dan sifatNYA sahaja melalui apa yang kita belajar. Tapi kita tak kenal siapa DIA bila kita jauh dari DIA."

*kenapa para Nabi da Rasul lebih kenal ALLAH berbanding kita? Kerana darjat mereka lebih dekat berbanding darjat kita di sisi ALLAH.

Bila kita dekat dengan ALLAH, kita lebih mafhum setiap nikmat, ujian dan dugaan yang kita lalui itu punya hikmah serta mesej yang disampaikan dari DIA. Dengan 'dekat' itu kita mengerti setiap yang tersurat serta tersirat pada tiap-tiap sesuatu yang terjadi dalam hidup kita. 

Tiada yang 'kebetulan' melainkan memang ditakdirkan, khas buat kita, hambaNYA..

Jadi...kenapa perlu menjauh??





#18April2014
#Facebook

Friday, 2 May 2014

Pada Suatu Ketika

Pada suatu ketika..
Sewaktu kita merasa benci,tak suka pada perbuatan seseorang..

Pernahkah kita terfikir, adakah kita pernah buat perbuatan yang sama dan orang lain yang memandang juga merasai apa yang kita rasai sewaktu itu??

Berfikir mengenai hidup, yang mempunyai hukum karmanya...dan secara hakikatnya, hukum itu sebenarnya membuktikan kuasa Allah Yang Maha Adil...

Benarlah,hidup ini umpama roda,pentas kehidupan yang kadang kita berada di atas, melihat mereka dibawah. Kadang juga kita berada dibawah, dimana kita pula mendongak melihat kehidupan mereka...

Tak hidup dipuji, tak mati dikeji..
Biarlah iman tetap di hati.. Moga nikmat Islam terus bersemadi..

#3Jun2013
#Facebook

Sunday, 27 April 2014

Ulang Tahun




Jumaat penuh berkah kembali,

Tanggal 4 April juga kembali..
Seiring dengan kelander masihi,
Bertambahnya umurku hari ini.

Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi. Semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi..selamat pulakah hari matiku??

Ya Allah..
Pada hari ini, kupinta leraikanlah segala kekusutan di fikiranku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menampung sekalipun di pinggiran rahmat-Mu. Walau sering aku lupa, namun aku sentiasa mendamba..

Entah mengapa, gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini????

Buat sahabat, teman dan kenalan..terima kasih di atas ingatan kalian.
Pada yang jauh, maafkan ku kerana gagal mendekat.
Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai.

Akhirnya terimalah ini sebagai perkongsian, buat diri dan juga teman..

Kita akan temui semula sesuatu yang kita hilang di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik.

"In life, what sometimes appears to be end is really a new beginning"
(Dalam kehidupan ini, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran rupa-rupanya adalah satu permulaan yang baru.)

Mudah-mudahan...ini adalah permulaan yang baik..Aamiin Ya Rabbulalamin..

Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan. Usah dicalarkan iman dengan istilah 'jika' dan 'kalau'. Innalillah, redha dan pasrahlah dengan 'istirja'. Walau tangan dan di bawah mata sendiri, andai ditakdirkan hancur, terlepas dan musnah, pasti punah jua. Paling penting, bersangka baikla.. ALLAH akan menyelamatkan, ALLAH akan memberikan ketenangan dan keamanan. Pahit jadi ubat. Manis jadi madu..tetap menjadi ubat...

Kita di dunia umpama layang-layang di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat, hanya di lembayung iradah-NYA. Kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, selagi rangka masih teguh. Tapi apabila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Kita tidak berhak untuk terus 'terbang' sekiranya maut menjemput pulang.

#4April2014
#Facebook
#AdaptasiTulisanPahrolMohdJuoi

Wahai Diri

Jari jemari mula menaip
Otak mula menyusun kata
Hati mula mengikut rentaknya.


Telinga disajikan muzik 'Love Me'
Buat suasana lebih mengerti akan hati
Yang kin diuji sekali lagi

Siapa aku, kau dan DIA?
Aku dan kau sama saja..
Hanya hamba.
Tak sekali dipandang tiada
Tak sekali dipuji takhta.

DIA??
Dia Tuhan Yang Esa
Biar berkali ditinggal sepi
Waktu diuji pasti kita kembali.

Allahu...
Hinanya kita meninggal DIA.
Saat nikmat bahagia diberi dunia
Saat bahagia menyelubungi mata.

Ujian datang menimpa.
Tahu pula kita pulang padaNYA
Mujurlah DIA Maha Mencinta
Pada hambaNya yang sering berdosa.

Wahai diri.
Mengapa salah sendiri mahu kau tunding jari?
Mereka tak berbuat apa kau heret bersama

Wahai diri
Sedarlah sendiri
Ini semua angkara diri
Muhasabah diri
Jangan berpaling lagi 
Pada Dia Yang Maha Memberi.

Friday, 18 April 2014

Bila Luahan Hati Bermadah


Fitrahnya aku sebagai seorang insan, 
ingin berkasih sayang itu satu lumrah, 
namun perlu ada batas yang di susun syariah.
Biarkan hanya bait kata meluah,
biarkan kita terpisah, 
kan bertemu di akhir kisah. 
InsyaAllah. 
Cinta ini anugerah, 
semoga ia sentiasa berarah.. 
Aamiin..

#9 Oktober 2013
#Instagram
#DiariHati
#HakCiptaTerpelihara
#MogaBertemuDiJalanCintaNya
#KuMenantiDiPenghujungPerjalanan

Wednesday, 16 April 2014

Hanya Aku

Cukup! 
Hanya aku! 
Biar hanya aku! 
Dan pendampingku juga penjagaku adalah Allah..
Tuhan semesta Alam... 
Boleh, boleh saja kau bilang itu dan ini, memuji,menyukai, menghina, malah mencaci!! 
Biarkan semua itu terluah di bibir kau, kau dan kau.. 
Aku hanya mampu tersenyum lalu berlalu pergi setelah kalian berkata bermacam2.. 

€ Tak hidup dipuji, tak mati di keji. Hari semalam adalah pengalaman, hari esok adalah impian, hari ini aku punya Tuhan, tempatku adu segala beban彡

#1Oktober2013 
#HanyaInsanBiasa
#Instagram


Thursday, 23 January 2014

SI Air mata

Kadang pelik dengan di air mata,
Mudah jatuh kerana kecewa manusia,
Tapi sukar jatuh kerana khilaf dosa.

Sedang manusia tak pernah hargai tangisan mata,
Padahal ALLAH menghargai air mata,
Sehingga api neraka boleh terpadam kerananya.

Aduhai si mata,
Begitu murah kau jatuhkan air mata.
Hargailah dengan menangisi dosa!!


Tuesday, 21 January 2014

Jaga Hati

Bukan Mudah menjaga hati.

Lebih-lebih lagi hati sendiri.

Muhasabah, mungkin kifarah dosa bila ada yang sakit hati.
Tapi itulah ujian dariNya. Tanda Dia mengasihi, mengasihi kita hambaNya.

Monday, 20 January 2014

Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih....

Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.

Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah...

Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu,aku bisa saja berbuat salah dan begitu membuatmu marah.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku derhaka kepadamu...

Duhai kau yang yang telah memilihku kelak....
Ingatlah,tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu,ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan jelek.

Mungkin kerana aku begitu sibuk berkerja di dapur,
untuk menyiapkan makan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti..Insya Allah

Maka,aku akan tampak kotor dan bau asap.

Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Maka mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.

Ataukah kau akan menemukanku terkantuk-kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu,tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatan ku...

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,menangis dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa,aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya belaianmu...

Kerana bagiku kau adalah tetesan embun yang mampu memadam segala resahku...

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,membimbingku ke Arah-NYA..

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..

Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalannya waktu,kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar...

Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...

bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu...

Ketahuilah... Tiap harinya, tiap jam,minit dan detiknya,telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.
Maka cintailah aku kerana-NYA, dengan apa adanya aku...
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...
Maafkan aku kerana aku bukan isteri Nabi...

Aku hanya wanita biasa.....




*copy and paste
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...