Berginjak waktu ke Oktober 2013..
Pejam celik, aku kini berusia pertengahan 20an.. Namun cukup dewasakah aku memahami erti kehidupan??
"Usia hanyalah angka, namun pengalaman yang mematangkan setiap insan di dunia ini"
Bait yang pernah sekilas mata membacanya.
Ya.. Usia itu hanyalah angka, tanpa pengalaman tidak akan seseorang itu matang dalam menghadapi apa yang mendatang dalam kehidupan.
Dan aku??
Cukup matang kah aku sebagai seorang hamba Tuhan???
Semakin banyak yang ku tahu, semakin sedar aku tidak punya ilmu. Semakin rendah diri di hadapan mereka yang sudahpun menggapai kejayaan di medan ilmu. Aku??? Masih disini, masih merangkak mencari kehidupan. Mencari siapa aku di dunia ini, mencari siapa aku di medan tarbiah kehidupan ini.
Tersedar aku dari lamunan, tersedak dek ketukan! Ketukan apa?? Ketukan hidayah Tuhan.. Ya.. HidayahNYA memberikan aku petunjuk, aku perlu buang jauh lamunan. Lamunan yang tak berkesudahan. Dan aku perlu bermula kembali pada LANGKAH PERTAMA.
Langkah pertama di mana seperti sewaktu mula-mula aku katakan yang aku ingin berkongsi segala cerita hati, cerita pengalaman hidup, cerita impian serta cerita tauladan. Ah! manusia, sering kali lupa apa yang dikata.
Aku kah yang berjanji bermacam-macam?? Tidak.. Tidak sesekali aku berjanji andai aku tak mampu tunaikan. Aku tidak mahu menjadi seorang munafik!! TITIK!
Fitrahnya aku sebagai manusia. Ada kala aku tersalah langkah apabila melangkah. Dan kini aku kembali pada langkah pertama. Cerita lama aku tutup, ku simpan di kotak hati yang paling dalam. Ku simpul dengan ikatan bersulam pasrah pada Tuhan. Aku ikat erat supaya tak terlerai menjadi cerita hari sudah.
Di jalan cinta ini aku bermula semula. Menjadi musafir cintaNYA dengan langkah pertama. Ada cerita yang ku ceritakan semula. Ada cerita yang harus aku simpan sendirian cuma. Biarlah.... Blog "Tentang Sesuatu" menjadi sejarah. Musafir kini memulakan langkah. CintaNYA biarlah menjadi garisan penyudah....Aku pasrah pada takdir yang dah diserah.
Ketika kaki ku kini tersalah arah, tegurlah, agar aku tidak lagi jadi si pesalah.
0 comments:
Post a Comment