Alhamdulillah....sekali lagi berpeluang untuk update blog. Kali ni teringat note y ad kt Bintu Sa'adun. Haip!! Takkan xknl sape??? Aku la tu...mula2 sekali aku kongsi dari karya Siti Munazakiah dalam Diari Sufi. Tulisannya bertulis begini...
Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap ALLAH S.W.T…
“Wahai Rab Yang Maha Mengetahui. Mengapa bumi ini bergoyang?”
“Kerana belum dipaku.” Jawab ALLAH singkat.
“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?” Tanya para malaikat lagi.
“Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab ALLAH.
Setelah itu, ALLAH terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan ALLAH S.W.T.
Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah ALLAH menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi…
“Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?”
“Ada!” Jawab ALLAH. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab?” Tanya malaikat lagi.
“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab ALLAH lagi.
“Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?” Sambung malaikat.
“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab ALLAH lagi.
“Tapi YA Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung,api,air,angin)?” Malaikat bertanya lagi.
“Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kapadaKU. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKU.” Demikian ALLAH S.W.T menjelaskan
[hadis kudsi]
Jadi....apa kita tunggu lagi..moh la ramai2 berdoa...tp jgn doa je tanpa usaha... Susah nk jumpa org y berdoa tanpa usaha mendapat apa y dikehendaki.. Kalau mengikut logik akal pun..seseorang yang berusaha pasti mendapat apa yang dikehendaki. Tapi sebagai orang islam, kita perlu tawakal pada Allah untuk apa yang telah kita usahakan...sebab penyebab mutlak apa2 yang kita nak tu..datangnya dari Allah...
Sekian..=)
16 Februari 2012
Tentang Sesuatu
Sekian..=)
16 Februari 2012
Tentang Sesuatu
0 comments:
Post a Comment