RSS

Thursday, 10 October 2013

Puisi Hati

Dunia.. 
Indahmu mempersona,
Hiasanmu menggoda rasa,
Cantikmu kadang membuat aku terleka,

Kadang ada yang datang,
Mengucap puji dan tinggi menjulang,
Senyum yang terbalaskan,
Namun disalah ertikan.

Terus ada yang mengata dibelakang,
kau perempuan tak sopan,
kau perempuan tak ingat daratan,
kau perempuan yang hanya ada ditepi jalanan.

Perjalanan sunyi seorang insan,
Tak siapa mengerti kecuali Tuhan,
Katanya mahu merubah kehidupan,
Tapi satu pun masih di daerah kezaliman.

Diri cuba gagah terus berubah,
Terus asa menggapai maghfiratullah,
Terus cuba dalam istiqomah,
Menunai ibadah tanda cintakan Allah.

Biarlah,
Hanya aku mendengari,
Boleh saja kau bilang itu dan ini,
Memuji, menyukai, menghina malah membenci,

Aku tak hidup dipuji tak mati dikeji,
Semalam aku tinggalkan kesilapan yang berupa pengalaman,
Hari esok akan ku jadikan sebagai impian,
Hari ini aku punya Tuhan, tempatku adu segala beban.

Itulah lumrahnya kehidupan..
Bila hidup dijulang, dipuji didakap sayang,
Bila jatuh tersungkur, dikeji dicaci ditinggalkan,
Apalah daya aku hanya insan,
Redha Allah itu lebih baik aku impikan.

Semoga nanti tempat kembalinya diri,
Adalah tempat yang semua orang impi..


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...