Saat aku merasa tak mampu lagi memberi perhatian kepadamu. Namun aku yakin Allah mampu untuk selalu memberi perhatian kepadamu.
Saat aku merasa tak mampu lagi membuat mu bertahan, aku pun masih yakin Allah tak akan pernah ingkar..bahawa hanya Ia sumber segala kekuatan.
Saat aku tak mampu lagi menjadi tempatmu berkeluh kesah.. Aku tetap yakin, tempat mengadu yang sebenarnya hanyalah DIA...
Saat aku tak mahu lagi menerima telefonmu. Aku yakin Allah akan selalu menjawab kala engkau datang memenuhi panggilan-Nya.
Tak usah kau ragukan tentang diri ini, kerana Allah Always Be There.. Bersamamu, bersama ku ,Bersama kita...
Tak usah pula kau ragui, Bagaimana kepercayaan terbangun tanpa Komunikasi?' Itu katamu. Tapi tidak kataku..
Cukup Doa sebagai komunikasi Diantara Kita. Janganlah Melampaui Batas dari apa Yang Allah tetapkan..Selagi Kita tidak diikat dengan ikatan yang sah. Selama itu juga kita tak berhak intuk membazirkan perasaan Itu.
Aku tak mampu menjaga cinta ini.. kerana Allah sebaik-baik nya Penjaga..Ku serahkan Pada-Nya dan Biarkan ia indah Pada Waktu yang Ditentukan-Nya.
Duhai kekasih dunia yang ku nanti..
Yang ku tunggu dari saat aku mengenali erti fitrahnya seorang insan... Tetaplah teguh kau di sana meniti takdir yang tertulis buat kita. Aku yakin satu saat nanti kita kan bertemu di jalan cinta yang diciptakanNya buat kita.
Aku di sini sedang mentarbiah diri agar menjadi yang terbaik buatmu di sana. Bukanlah ia beerti aku menjanjikan sebuah hubungan yang tiada onak durinya, bukan juga hubungan yang penuh sakit kecewanya hati kita. Sejujurnya diri ini punya banyak kekurangan, yang masih bertatih meniti perubahan.
Duhai kekasih dunia yang ku nanti..
Andai saat itu tertulis buat kita, ku mengharapkan kau sudi menerima aku seadanya, kerana aku hanya gadis biasa yang masih punya banyak khilafnya. Aku masih juga seorang hambaNYA yang serba serbi kurang dalam agama. Namun aku masih lagi gadis yang mahu belajar agama. Pimpinlah daku untuk mendekat diri padaNYA Yang Maha Esa..
Duhai kekasih dunia yang ku nanti..
Tetaplah dikau di jalan cintaNYA.. Kerana hamba-hambaNYA yang beriman akan selalu ada Rabitah hati antara mereka. Tidak perlu kita bersua, kau selalu ada di dalam doaku setiap masa. Takdir kita kan bertemu dengan kebetulan yang sering tidak disengajakan... Bersabarlah.. Kerana ianya hadiah dari pencipta. Buat hambaNYA yang saling mencintai keranaNYA.
Andai tidak kita bertemu di dunia.. Moga Jannah lah singgahsana pertemuan kita. Taman syurga menjadi taman percintaan kita. Dan di sisiNYA kita menyulam bahagia...
0 comments:
Post a Comment