Tundukku malu di depanMu
Kerna ku insan berdosa
Ku adukan sesalanku
Apakah kan Kau terima
Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanar
Lantas sedarkan ingatanku pada sempurna Mu
Terpaut aku tak berpaling
Ku bersyukur hanya pada Mu Tuhan
Kau tunjukkan laluanku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buat ku melepaskan dahaga
Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu
Ku mohon Kau tenangkan gusar hati ku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku
Tak ku temu
Dimanakah hentinya
Rayuan taubatku padaMu
Penat!!
Lelah!!
Itu jawapan yang tepat pada setiap langkah kaki yang ingin ku ayunkan.. Siapa tahu dalam suka seseorang ada tangisan sendu yang berlagu di dalam hatinya??
Setelah sekian lama berdiam.. Kini kembali mencari jalan pulang..
Ya!! Aku lelah mencari sinar. Sinar yang entah yang bagaimana aku inginkan.. Aku menduga pada awalnya ia membahagiakan, namun tika jatuh tersungkur saat berjalan.. Aku mengerti itu bukan sinar hakiki yang dicari insan. Tapi sinar mainan fatamorgana dunia yang fana!!! Dunia yang penuh tipu helahnya.
Lalu diri yang tersedar terus menyusuri laluan. Alhamdulillah.. Tuhan masih sayang.. Dia tunjukkan jalan pulang. Pulang ke pangkal jalan. Jalan yang menjadi permulaan lahirnya insan di muka bumi Tuhan.
Syukurku pada Ilahi. Tuhan sekalian Alam yang tiada duanya, Hanya Satu!
Lalu berjalan ku meniti kehidupan. Ingin ku dekati Dia yang menciptakan. Adakah Dia ingin ku dekati?? Ya!! Pasti..!! Dia telah menciptakan aku dengan sebaik penciptaan. Apakah Dia takkan menerima ku pulang??
KURANGnya aku itu KELEBIHAN!! Bukanlah bererti kurangnya sifat itu menjadi asbab aku terlihat rendah di depan kalian. Tapi kurangnya sifat itu kerana aku perlu menjadi perhatian kalian untuk menegur membetulkan kesilapan. Dan akhirnya itu menjadi kelebihan buatku..
Jalan ku pulang.. Pulang ke pangkal jalan. Jalan bagi segala permulaan. Kalimah SYAHADAH ku ucapkan. Syukur aku masih punya IMAN. Alhamdulillah ku masih punya Islam..
Lalu untuk apa lagi harus aku lelah mencari jalan pulang?? Untuk apa lagi aku penat kembali ke pangkal jalan?? Ya.. Hidup aku hanya untuk kembali padaNya yang menciptakan.!! Jadi... Perlukah aku kembali di dalam penat dan lelah setelah Dia membawaku ke jalan kehidupan yang penuh dengan helah?? Mengapa perlu LELAH, PENAT?? Harusnya aku BERBAHAGIA meniti jalan ini. Harusnya aku bersyukur diberi segala nikmat ini...
Kesudahannya, usah berputus asa duhai hati yang digoda dunia. Dunia ini persinggahan yang semetara cuma! Tak perlu lelah, tak perlu penat.. Hanya menyusuri dengan redha. Akur dengan kehendakNya. Pasti!! Bahagia kan dikecapi di garisan penamatnya. Moga sabar, tabah, kuat serta tenang menjadi teman di kala ujian mendatang. Moga cinta, redha serta rahmat kasih sayangNYA menjadi hadiah paling berharga..
*aku kembali mencari sinar, sinar yang lebih hakiki, abadi dan sejati.. Sinar cintaMU ya Rabbi..
*aku kembali mencari sinar, sinar yang lebih hakiki, abadi dan sejati.. Sinar cintaMU ya Rabbi..
2 Oktober 2013
Tentang Sesuatu
0 comments:
Post a Comment